BERA. 12 April 2022 – Adik Nurulain Najwa Bt Mustafa Kamal kini tinggal menumpang di rumah neneknya di Felda Mayam Bera bersama dengan 2 adik lelaki berusia 14 tahun dan 12 tahun. Manakala adik lelaki sulong bekerja sebagai operator kilang di Rawang dengan pendapatan sebanyak RM 1200 sebulan. Neneknya tinggal berasingan bersama suaminya.

Adik Nurulain Najwa bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dengan pendapatan harian sebanyak RM25 sehari.

Ibu Adik Nurulain Najwa, Norzarina Binti Majanee 45, sebelum ni bekerja di projek sayuran membantu rakannya mengutip sayur dengan menerima upah sebanyak RM 200 sebulan.

Bermula pada 22/03/2022 hingga ke hari ini, ibunya telah dimasukkan ke HOSHAS Temerloh kerana mengidapi masalah radang pankreas. Kini doktor yang merawatnya terpaksa menidurkan ibunya kerana paru-paru sudah berada di tahap berisiko tinggi.

Pihak Muip Cawangan Bera telah pergi ziarah ke rumahnya pagi tadi dengan menghulurkan bantuan kecemasan RM 300 serta sumbangan beras sebanyak 10kg.

Ibu Adik Nurulain Najwa juga telahpun menerima bantuan zakat tahunan (hari raya) Muip pada 21/03/2022 sebanyak RM 500 serta bantuan zakat awal persekolahan pada 11/03/2022 sebanyak RM 400.

Ibunya juga baru sahaja menerima bantuan bulanan (BKK) daripada JKM sebanyak RM 300 sebulan bermula bulan April 2022.

Turut hadir bersama, En Lokman Nur Hakim Bin Abdullah (Pegawai Felda), Pn Zaharah Bt Hj Othman (Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita), Pn Fatimah Bt Mahadi (Komuniti), Pn Rusliza Bt Mat Nor dan Azimah Bt Idris Bawawi.