JENGKA. 06 April 2022 – Majlis Ugama Islam Pahang dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Jengka cakna insiden kebakaran yang menimpa keluarga Encik Ahmad Mazlan bin Mat Adam di Felda Jengka 14.

Punca kebakaran adalah litar pintas di bahagian ruang tamu hadapan rumah mereka yang telah menyebabkan kemusnahan rumah dan barangan peribadi mereka.

Sumbangan wang tunai telah disampaikan kepada mangsa oleh Pengurus Cawangan Daerah, Ustaz Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam.

Turut hadir bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka; Tuan Haji Nik Ibrahim bin Nik Abdullah dan Al-Fadhil Timbalan Qadhi Daerah Jengka; Ustaz Ahmad Tajuddin bin Mat Zin.

Pihak MUIP Cawangan Daerah Jengka menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan berdoa moga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi musibah dan ujian dalam bulan Ramadan ini.