KUALA LIPIS. 30 Mac 2022 – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah berjaya melaksanakan Program Ziarah dan Ramah Mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Kerayung 2,Pos Betau.
Kehadiran penganjur disambut baik oleh batin dan penduduk setempat ketika tiba di perkampungan tersebut.
Program tersebut dimulai ziarah ke setiap rumah, seterusnya makan tengahari dan bersambung jepada acara sukaneka.
Program ini juga kerjasama bersama PePIMA dan PMOA, serta briged dakwah daerah Lipis.