KUALA LIPIS. 04 April 2022 – Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) cawangan Lipis turun menziarahi ke rumah saudara Che Soh Che Wail,68 selepas rumah beliau dilanda ribut baru-baru ini.
Ribut beserta hujan melanda sehingga mengakibatkan atap ruang bilik rumahnya tercabut dan rosak.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam selepas melakukan siasatan ke rumah mangsa.
MUIP Lipis dengan rasa prihatin dan simpati memberi sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa.