KUALA LIPIS. 07 April 2022 – Seperti rutinnya,Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan melaksanakan Program Ihya Ramdhan bersama mualaf-mualaf di negeri Pahang.
Tetapi pada 2 tahun sebelum ini,iaitu 2020 dan 2021 program keagamaan ini tidak dapat dijalankan kerana dikejutkan dengan pandemik Covid 19.
Alhamdulillah,bagi tahun 2022 program ini dapat dilaksanakan kembali bagi meraiakn kedatangan bulan ramadhan.
MUIP Lipis dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Lipis,PePIMA,Penggerak Masyarakat Orang Asli(PMOA) serta NGO, Daie Belantara bersama-sama menjayakan Program Ihya Ramadhan di perkampungan Orang Asli di daerah Lipis.
Sekitar 24 buah kampung masyarakat asli yang akan dilaksanakan program tersebut bagi menyambut dan meraikan bulan puasa bersama-sama masyarakat asli yang beragama islam.
Dimulakan pada minggu pertama bertarikh 5 April, di Kampung Asli Sungai Padi,Pak Senam serta Kuala Koyan dengan jumlah seramai 200 orang mualaf asli bagi ketiga-tiga buah kampung tersebut.
Seterusnya ke Kampung Simoi Baru dan Sentoi,kemudian ke Kampung Jerangkak, Meter, Sarang dan Kampung Kabang,serta diakhiri di Kampung Asli Bechah Kelubi.
Antara pengisian program adalah berbuka puasa atau iftor bersama penduduk,solat Magrib dan Isyak berjemaah dan solat terawih.