TEMERLOH. 12 April 2022 – Alhamdulillah, hari ini Muip Cawangan Temerloh telah membuat serahan rumah yang telah siap kerja kerja baik pulih rumah asnaf En Ashaari di Kampung Bintang, Seberang Temerloh yang telah di luluskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Rumah tersebut sebelumnya berada dalam keaadaan sangat dhaif dan tidak sesuai di diami. Melihat kepada keaadan rumah tersebut serta kemampuan sara hidup beliau, Pihak Muip setuju meluluskan peruntukan baik pulih rumah kepada Ashaari.

Serahan di sampaikan oleh Pegawai Muip Cawangan Daerah Temerloh di kediamanya pada isnin. Semoga mereka sekeluarga dapat menjalani kehidupan di rumah yang lebih selesa.

#CaknaAsnaf #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat