TEMERLOH. 08 April 2022 – Dengan keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia, 5 sekeluarga berbangsa India telah memeluk Islam di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh awal pagi ini. Mereka telah di syahadahkan oleh Al Fadhil Ustaz Aliff Najmi, Pegawai Dakwah Muip Daerah Temerloh.

Keluarga ini telah diberikan perkongsian ringkas mengenai Islam oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh berkenaan kefardhuan sebagai seorang Muslim. Harapan MUIP Cawangan Temerloh agar mereka terus dilimpahi dengan taufiq dan hidayah Allah SWT dalam kehidupan mereka sebagai keluarga Islam.

Oleh itu, setinggi-tinggi syukur dirafa’kan ke hadrat ilahi atas majlis pengislaman ini serta bertambah penganut Islam di muka bumi Allah SWT.

#CaknaDakwah #MuipTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat