MUADZAM SHAH. 09 April 2022 – Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Kampung Buluh Nipis turut tidak terkecuali untuk menerima wang zakat dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi kategori ihya Ramadhan sebanyak RM6, 000.00.
Pada hari ini, pihak SKJ memanfaatkan wang zakat tersebut dengan menyediakan jamuan bersama penduduk kampung dan tetamu yang hadir dari kalangan PePIMA-PePIMA, PETAMA dan Yayasan Pahang.
Bermula dari 1 Ramadhan yang lalu, pihak SKJ telah menyediakan moreh untuk penduduk kampung dan akan meneruskannya sehingga menjelang bulan syawal. Pihak SKJ mengucapkan terima kasih kepada pihak MUIP atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan yang diberikan itu. Banyak aktiviti kemasyarakatan khususnya berbentuk keagamaan dapat dilaksanakan dengan lancar apabila adanya peruntukan kewangan seperti ini.