TEMERLOH. 07 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi En. Amin di Kampung Chatin Bawah Mentakab hari ini.

Rumah yang diduduki 3 beranak tersebut merupakan rumah tinggal yang sudah uzur dan dhaif, tiada bekalan air dan eletrik. Kediaman tersebut kerap kali tenggelam apabila berlaku banjir besar.

Beliau yang hanya bekerja kampung dan menjual sayuran di kedai tidak mampu untuk menyewa rumah lain apatah lagi untuk membina baru rumah bagi kediaman yang selesa.

Prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh beliau sekeluarga, Pihak Muip akan membantu membina sebuah rumah baru di tanah milik isterinya di kampung Lebak, Temerloh. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

#MuipTemerloh #CaknanAsnaf #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat