MUADZAM SHAH. 07 April 2022 – Atas rasa tanggungjawab sebagai Muslim, PePIMA Basry, PePIMA Rahid serta Ahli Jawatan Kuasa Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) bersama-sama bergotong-royong menyenggara dan membersihkan persekitaran bangunan SKJ.
Semangat beginilah perlu disemai dalam diri semua masyarakat beragama Islam, tidak terkecuali mereka yang tinggal di perkampungan orang asli, yang jauh di pedalaman. Meskipun tanpa upah atau bayaran, aktiviti ini dilakukan dengan ikhlas dan sukarela tanpa paksaan.
Jika bukan kita yang laksanakannya, siapa lagi yang boleh diharapkan? Sama-sama kita zahirkan rasa kecintaan kita pada agama yang kita anuti. Surau yang merupakan tempat ibadah dan pusat ilmu bagi masyarakat beragama Islam, memang seharusnya dijaga kebersihannya, inilah syiar agama kita.