MUADZAM SHAH. 06 April 2022 – Walaupun dalam bulan Ramadhan, ketika umat Islam berpuasa, namun kelas Fardhu ‘Ain bagi kanak-kanak tetap diteruskan. Kelas yang bertempat di Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Kampung Buluh Nipis ini diselia oleh PePIMA Basry, yang juga merupakan Imam di SKJ ini.
Kanak-kanak yang menghadiri kelas ini dilatih untuk menghafaz surah-surah lazim, doa qunut dan niat berpuasa. Di awal usia sebeginilah perlunya latihan hafazan kerana mereka masih lagi mudah untuk mengingat dan masih boleh diarah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Semoga mereka yang sentiasa mendalami ilmu agama seperti ini diberkati Allah dalam hidup mereka dan terus istiqamah dalam mempelajarinya.