MUADZAM SHAH. 01 April 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah meninjau sejauh manakah tahap perkembangan pembinaan sebuah rumah asnaf di Kampung Bukit Serok, Muadzam Shah.
Syukur Alhamdulillah, rumah tersebut kelihatan hampir siap sepenuhnya ketika tinjauan ini dilakukan. Penerima rumah ini juga kelihatan gembira melihat perubahan hari demi hari rumah yang bakal didiaminya ini hampir disiapkan.
Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang sama-sama berusaha dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa diutamakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala khidmat bakti anda semua.