BERA. 01 April 2022 – Rumah milik En Zulkernain Bin Hassan di Felda Mayam telah dihempap pokok kekabu yang berada di hadapan rumah akibat ditiup angin kencang. Kejadian yang berlaku pada pagi jumaat jam 05:00 telah memusnahkan bumbung hadapan rumah, garaj kereta dan juga kedai makan yang diusahakannya di tepi rumah.

Diatas keprihatinan pihak Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pengurus MUIP Cawangan Bera telah menyalurkan bantuan bencana berupa wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

#MuipBera
#Caknaasnaf
#Terimakasihpembayarzakat