BERA. 01 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa bencana ribut, En Azahar Bin Abdullah yang menetap di Kampung Bukit Keledang. Kejadian tersebut berlaku pada petang rabu jam 07:45 pm sehingga menyebabkan beberapa keping atap rumah milik mangsa tercabut.