TEMERLOH. 06 April 2022 – Terima kasih Muip sudi datang ziarah akak di rumah hari ni, ujar Puan Ealmi sewaktu ziarah kasih Muip ke rumahnya di Taman Jaya 3 pada petang rabu.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal kurang upaya apabila kaki kanananya dipotong akibat kemalangan yang menimpanya 3 bulan lalu. Kini beliau tiada sebarang pendapatan dan perlu menyara 2 orang anak sekolah rendah dan membayar rumah sewa.

Dalam keaadan sedemikian, 2 orang anaknya tidak dapat pergi ke sekolah sejak sesi persekolahan tahun 2022 bermula.

Simpati dengan keaadan beliau sekelurga, Muip akan membantu sara hidup mereka dengan memberikan bantuan wang tunai dan baucer barangan asas secara bulanan kepadanya.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat