ROMPIN. 06 April 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyantuni seorang pesakit Kanser Perut, Puan Haidah Binti Awang Othman yang menetap di Kampung Paya, Pulau Tioman.

Suami Puan Haidah yang bekerja sebagai pemandu bot dengan pendapatan sederhana, kini terpaksa mengurangkan jumlah hari bekerja beliau bagi menguruskan pemeriksaan dan rawatan susulan isteri beliau secara berkala di Hospital Sultan Ismail (HSI) , Johor Bahru sekaligus menjejaskan pendapatan isi rumah mereka sekeluarga.

Prihatin dengan ujian yang menimpa Puan Hadiah sekeluarga, pihak MUIP telah meluluskan bantuan bulanan bagi meringankan bebanan kos rawatan yang ditanggung oleh beliau dan suami.

Pihak MUIP Cawangan Daerah Rompin juga turut menghulurkan bantuan tunai segera bagi membantu meringankan kos Puan Haidah yang mempunyai temujanji rawatan kemoterapi di HSI Johor Bahru dalam tempoh terdekat.

Semoga Allah S.W.T memberikan ketabahan dan kesabaran kepada Puan Haidah di atas ujian yang menimpa dan menggantikan ujian mereka dengan nikmat yang lebih baik.