MUADZAM SHAH. 04 April 2022 – Pihak Ahli Jawatan Kuasa Surau Kebenaran Jumaat Kampung Orang Asli Buluh Nipis bersama PePIMA mengadakan sesi ziarah dakwah sekalipun ketika sedang berpuasa di Bulan Ramadhan.
Sesi ziarah berehat seketika bagi memberi laluan semua yang hadir untuk menunaikan solat fardhu asar secara berjemaah di Surau KOA Mikang. Selesai solat dan doa yang telah dipimpin oleh PePIMA Malik, sesi ziarah bersambung kembali.
Beberapa rumah individu terpilih yang telah dikenalpasti berpotensi untuk cenderung memeluk Agama Islam, diziarahi sambil beramah mesra dalam usaha menyebarkan Agama Islam. Sikap beginilah harus ada dalam jiwa kita semua, kita mahu semua manusia kembali ke agama fitrah agar sama-sama beroleh syurga di akhirat kelak.