MUADZAM SHAH. 05 April 2022 – Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Kehadiran jemaah ke Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) KOA Buluh Nipis bagi menunaikan solat fardhu Maghrib, isyak, terawih serta witir pada hari ini sangat memberangsangkan.
Jarang-jarang kita jumpa suasana berjemaah di Kampung Orang Asli sepertimana suasana di perkampungan masyarakat Melayu. Mereka Sama-sama hadir beramai-ramai di surau dengan satu matlamat iaitu mengharapkan keredhaan Allah.
Walaupun siang hari telah berjaya menahan lapar dan dahaga berpuasa, namun malamnya pula tetap teguh istiqamah beribadah sepanjang bulan Ramadhan. Tahniah kepada semua, semoga Allah menerima amal ibadah yang kita laksanakan ini.