TEMERLOH. 05 April 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah menziarah 1 keluarga asnaf yang memohon bantuan bagi baikpulih rumahnya yang mengalami keretakan dinding yang serius.

Keretakan tersebut terjadi beberapa bulan yang lalu berpunca dari pergerakan tanah di kawasan rumahnya. Pihak Muip akan membantu beliau sekeluarga membaikpulih semula rumah tersebut.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat