MUADZAM SHAH. 01 April 2022 – Surau Kebenaran Jumaat Kampung Orang Asli Buluh Nipis diimarahkan lagi dengan dihidupkan satu majlis bersempena kehadiran bulan Ramadhan iaitu Majlis Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.
Majlis dimulai dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, seterusnya bacaan surah yasin beramai-ramai, bacaan tahlil, doa tahlil dan Doa Selamat, kemudian disusuli solat fardhu isyak berjemaah, dan bacaan hadis. Sebelum bersurai, jemaah yang hadir dijemput menikmati jamuan makan yang telah disediakan.
Majlis ini telah diselaraskan oleh PePIMA Kampung Buluh Nipis, dengan kerjasama PePIMA Malik, PePIMA Liza, PePIMA Rahid, dan AJK Surau Kebenaran Jumaat Buluh Nipis. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, satu kebajikan yang dilakukan oleh seseorang, nescaya diganjari berlipat kali ganda pahala ya. Semoga kita semua merebut peluang yang ada ini dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan.