MUADZAM SHAH. 27 Mac 2022 – Sesi ziarah santai petang diteruskan lagi bagi mengeratkan hubungan kemasyarakatan di Kampung berhampiran dengan Surau Kebenaran Jumaat Kampung Buluh Nipis.
Pada kali ini, pihak AJK Surau bersama PePIMA Basry dan PePIMA Rahid ke Kampung Orang Asli Mikang untuk tujuan ramah mesra sambil mengajak penduduk kampung ini bersama menunaikan solat Jumaat setiap minggu di Surau Kebenaran Jumaat Buluh Nipis.
Aktiviti ziarah sebegini perlu diadakan bagi mewujudkan rasa kebersamaan penduduk Buluh Nipis dengan penduduk kampung berhampiran.