MUADZAM SHAH. 05 April 2022 – MUADZAM SHAH, 05 APRIL 2022 – Pagi ini, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah segera ke farmasi bagi urusan pembelian katil pesakit 3 fungsi beserta tilam PVC 4 inci.

Set katil ini diserahkan terus oleh Pengurus Cawangan Daerah beserta 2 orang lagi kakitangan MUIP Cawangan Muadzam Shah kepada Encik Roslan yang merupakan pesakit terlantar dirumahnya yang terletak di Felda Keratong 2. Encik Roslan yang mengalami sejenis penyakit kulit, dijaga sepenuhnya oleh adik beliau.

Selain bantuan set katil, beliau juga diberikan agihan zakat berupa wang tunai yang disalurkan terus ke akaun bank secara bulanan untuk kegunaannya kerana tidak lagi mampu untuk bekerja. Pihak MUIP mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan tidak berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah SWT.