MUADZAM SHAH. 25 Mac 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menyokong program berbentuk dakwah yang diberi nama Ziarah Dakwah Saudara Muslim yang diadakan di Perkampungan Orang Asli Buluh Nipis.
Program yang bertujuan mengajak masyarakat beragama Islam untuk memakmurkan surau sempena hari Jumaat itu, merupakan inisiatif dikalangan PePIMA serta Ahli Jawatan Kuasa Surau Kebenaran Jumaat (SKJ) Buluh Nipis. Selain golongan Muslim, golongan non muslim juga turut diziarahi mereka serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa makanan asas.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus berusaha demi Agama Islam yang tercinta. Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Allah yang mampu membalasnya.