MUADZAM SHAH. 31 Mac 2022 – Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah menjemput seramai 35 orang Amil Zakat Fitrah di Daerah Muadzam Shah bagi menghadiri sesi taklimat sebelum memulakan tugasan bermula 1 Ramadhan ini.
Pelbagai isu berkaitan zakat fitrah dibincangkan bersama dalam program yang bertempat di Masjid Asy-syakirin, Felda Keratong 5 ini. Dikesempatan ini juga, pihak MUIP menerangkan kaedah menulis resit dan mengingatkan kepada semua amil agar sentiasa mematuhi SOP semasa mengutip fitrah itu nanti.
Walaupun pada tahun ini dibenarkan amil bertugas, namun pihak MUIP masih juga membuka ruang bayaran fitrah secara atas talian. Dengan adanya kepelbagaian kaedah fitrah ini, diharapkan agar tiada lagi isu mana-mana individu yang terlupa untuk menunaikan kewajipan tersebut.