MUADZAM SHAH. 30 Mac 2022 – Sebelum berlangsungnya sesi perjumpaan bersama Amil-amil Daerah Muadzam Shah, persiapan tempat perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.
Sesi taklimat dan serahan resit zakat fitrah pada kali ini diadakan di dewan Masjid Al-Muhajirin, Felda Keratong 5.
Tahniah diucapkan kepada beberapa amil yang baru dilantik dan selamat menjalankan amanah mengikut kawasan tauliahan masing-masing. Semoga sesi taklimat yang dijadualkan pada keesokan hari akan berjalan lancar sepertimana yang dikehendaki.