MUADZAM SHAH. 29 Mac 2022 – Pengurus Cawangan Daerah (PCD), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah, menyertai kursus pengurusan penyembelihan Daerah Muadzam Shah yang diadakan di Masjid Al-Muadzam Shah.
Kursus anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ini turut dihadiri oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, MUIP Cawangan Pekan. Pihak MUIP menyediakan peruntukan 5 ekor kambing bagi tujuan amali sembelihan. Antara pengisian dalam slot ceramah ini termasuklah kaedah sembelihan yang betul selain diterangkan sembelihan yang sah menurut syarak beserta dalilnya.
Kaedah mengasah alat sembelihan juga dihuraikan satu persatu oleh penceramah yang berpengalaman. Sesungguhnya kursus seperti ini, wajar diadakan juga di lain-lain tempat agar ilmu berkaitan sembelihan tidak hilang begitu sahaja tanpa diwarisi. Tambahan lagi, setiap tahun umat Islam akan melakukan ibadah korban dan aqiqah, tanpa ilmu sembelihan yang betul, dikhuatiri adat yang diamalkan tidak sejajar dengan agama Islam.