MUADZAM SHAH. 29 Mac 2022 – Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, masyarakat asli yang beragama Islam di Kampung Kemomoi dan Kampung Ganoh disantuni pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah.
Program ziarah dan ramah mesra ini sangat perlu bagi memastikan masyarakat asli yang tinggal jauh di pedalaman tidak berasa terpinggir dari diziarahi oleh agensi Agama. Mereka yang sebelum ini didirikan Surau bagi dijadikan sebagai pusat ilmu, ditambahkan lagi kemudahan seperti beberapa mushaf al-quran & dan lembaran sejadah ketika sesi ziarah ini selain disediakan makanan tengah hari.
Turut bersama dalam program ini antaranya, wakil dari pejabat Jakoa Muadzam Shah, Penggerak Masyarakat Orang Asli, dan PePIMA.