MUADZAM SHAH. 28 Mac 2022 – Pada hari ini, pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke rumah seorang pegawai masjid yang tinggal di Bukit Ibam, Muadzam Shah.
Beliau yang bertugas sebagai Bilal di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit, Muadzam Shah, mengalami kecederaan yang agak serius akibat kemalangan jalan raya. Pihak MUIP bersimpati atas nasib yang menimpa beliau.
Sebelum beredar pulang, pihak MUIP menyampaikan set barangan keperluan memasak bagi meringankan sedikit bebanannya. Semoga beliau dikurniakan kesembuhan serta dikuatkan semangat untuk menempuhi masa-masa mendatang.