PEKAN. 01 April 2022 – TIGA BELAS (13) ORANG ANAK-ANAk ASLI DITAJA PENUH PEMBIYAAN BANTUAN PENDIDIKAN OLEH MUIP DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN PAHANG

bersamaan 29 Syaaban 1443H Seramai 13 orang anqk-anak asli pelbagai Suku kaum menerima bantuan pendidikan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ).

Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Anak-anak Orang Asli Islam melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) bagi tahun 2022 telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam. Seramai 10 orang pelajar orang asli tingkatan Satu telah menerima bantuan tersebut yang terdiri daripada lapan orang dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah Batu Talam, seorang pelajar dari SMA Al-Khairiah dan seorang dari SMA Guai, Temerloh. Manakala Sumbangan ini turut disampaikan kepada dua orang pelajar SMA Tengku Ampuan Fatimah dan seorang pelajar SMA Al-Ihsan pada Jumaat yang lalu.

Majlis Pelancaran Projek Perintis Bantuan Pendidikan Pelajar Asli melanjutkan pelajaran ke SMAN telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Mat Dasir, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan selaku wakil kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). MUIP memperuntukkan Sebanyak RM 66,040.00 diagihkan kepada para pelajar. Keseluruhan perbelanjaan pelajar- pelajar ini akan dibiayai sepenuhnya oleh MUIP.

Ustaz Ali dalam ucapannya berharap pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan dapat menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat menjadi pendakwah pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Ustaz Fadli bin Mat Saman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Ustazah Apidah binti Zakaria@Daud dan Pengetua SMA Al-Falah Batu Talam, Ustazah Wan Rafikah binti Haji Wan Musa, Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, Ustaz Muzil Adli bin Ne’mat, Pengurus MUIP cawangan Raub. Hadir sama dalam majlis ringkas ini Ustaz Zaim Sham, Pusat Kutipan Zakat Raub.