ROMPIN. 02 April 2022 – Empat orang pesakit memerlukan dari pelbagai latar belakang penyakit kronik, di Kampung Tekek, Pulau Tioman telah disantuni oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin, dan kesemua pesakit berkenaan masing-masing menerima bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Kerusi Roda untuk kegunaan harian mereka.

Kesemua penerima berkenaan iaitu Puan Rajmah Binti Awang Mohd, 74, Puan Jaminah Binti Abdul Karim, 66, Encik Shahril Bin Abdullah, 46 serta Encik Angkasah Bin Yahya, 49 telah menerima bantuan peralatan berkenaan yang disampaikan oleh Pegawai MUIP Cawangan Daerah Rompin di kediaman masing-masing di Kampung Tekek.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kesemua penerima berkenaan disamping memudahkan urusan kehidupan harian mereka.