ROMPIN. 02 April 2022 – Dua orang pesakit terlantar dari Kampung Tekek, Pulau Tioman telah disantuni oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin, dan kedua-dua pesakit berkenaan masing-masing menerima bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi untuk kegunaan kehidupan harian mereka.

Puan Ramlah Binti Abdul Ghani, 86 yang tidak boleh berdiri akibat penyakit TUA serta Encik Rosli Bin Chik, 49 yang menerima bantuan berkenaan untuk isterinya yang terlantar akibat pembedahan pemotongan kaki disebabkan penyakit Kencing Manis Kronik, menzahirkan ucapan terima kasih mereka kepada MUIP atas bantuan yang disampaikan.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada asnaf-asnaf berkenaan disamping memudahkan urusan kehidupan harian mereka.