ROMPIN. 01 April 2022 – MUIP Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan bencana kepada 2 buah keluarga iaitu keluarga Puan Fatimah Binti Din, 45 dan keluarga Puan Norma Binti Hashim, 29 dari Kampung Kurnia, Rompin yang terlibat dalam bencana ribut yang telah berlaku lewat malam 31 Mac 2022.

Bantuan berbentuk wang tunai telah disampaikan kepada kedua-dua keluarga berkenaan oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin. Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka akibat bencana berkenaan.

Semoga Allah S.W.T mengurniakan kesabaran dan ketabahan buat mereka di atas musibah yang menimpa, dan menggantikan untuk mereka sesuatu yang lebih baik daripadanya.