ROMPIN. 01 April 2022 – Seorang asnaf, pesakit terlantar iaitu Encik Rifin Bin Muda, 92, dari Kampung Bahagia telah menerima bantuan peralatan perubatan berupa sebuah Katil Hospital Tiga Fungsi dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Encik Rifin yang terlantar telah diwakili oleh cucunya ketika penyerahan Katil berkenaan dilakukan oleh kakitangan MUIP di kediamannya.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Rifin dan ahli keluarga dalam menguruskan urusan kehidupan seharian beliau.