TEMERLOH. 07 April 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menganjurkan Taklimat Amil Fitrah kepada 130 orang amil yang telah di lantik oleh Muip bagi kutipan zakat fitrah sepanjang Ramadhan 1443 Hijrah.

Dalam taklimat tersebut, pihak Muip menerangkan kaedah kaedah serta etika berkaitan amil semasa mengutip zakat fitrah. Amil juga di ingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ketika menjalankan aktiviti kutipan zakat fitrah.

Amil yang dilantik juga dibekalkan dengan set kelengkapan mengutip fitrah antaranya Buku resit fitrah, beg serta beberapa eksesori tambahan bagi keperluan amil.

Semoga pada tahun ini, amil yang di lantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan baik serta dijauhi dari sebarang penyakit atau musibah.

#caknaasnaf #baitulmalpahang #muiptemerloh #amiltemerloh