TEMERLOH. 31 Mac 2022 – Syukur kepada Allah dan terima kasih Pihak Muip membuat rumah baru buat saya, kata Zamran yang merupakan asnaf yang rumahnya rosak teruk akibat banjir besar awal tahun lalu.

Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah membuat penyerahan rumah yang telah siap di bina baru oleh Muip dari peruntukan zakat di Kampung Mambang Berulang hari ini.

Beliau telah di luluskan bantuan bina baru rumah oleh Muip beberapa bulan yang lalu di atas tapak rumah lamanya. Zamran yang tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya hanya berniaga warung sahaja bagi menampung keperluan keluarga.

Kelulusan yang telah diberikan oleh Muip bagi kerja bina baru rumahnya adalah berjumlah RM 60, 000.00 dan telah dilaksanakan oleh kontraktor undian Muip.

Semoga bantuan baikpulih rumah yang di berikan oleh pihak Muip dari peruntukan zakat ini memberi keselesaan untuk berteduh kepada beliau sekeluarga.

#MuipTemerloh #CaknaAsnaf #BaitulmalPahang #TerimakasihPembayarZakat