BERA. 31 Mac 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah mengadakan taklimat Amil Fitrah di Dewan Masjid Darul Fikri Bera Pahang. Seramai 63 orang Amil telah di jemput hadir ke taklimat tersebut. Dalam taklimat tersebut diterangkan prosedur kutipan zakat fitrah bagi tahun semasa 2022 mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).