BERA. 28 Mac 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan sumbangan bantuan zakat sebanyak RM 2,000.00 kepada En Johari Bin Mohd. Beliau merupakan mangsa bencana kebakaran di Kampung Tepi Sungai, Triang Pahang. Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.00 pagi dan ketika kejadian beliau tiada dirumah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.