BERA. 29 Mac 2022 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dan Penggerak Jakim mengadakan Ziarah Mesra di Perkampungan Orang Asli Bongkok.

Tujuan Ziarah ini adalah untuk mengemaskini data penduduk Islam Koa tersebut dan beramah mesra bersama penduduk dan memperkenalkan PePIMA baru iaitu Nasafina Binti Amir yang akan bertugas di perkampungan tersebut.

Turut bersama Puan Norjalina A/P Wahid yang merupakan Pengerusi JPKKOA Bongkok bersama penduduk dalam ziarah mesra yang diadakan.

#MUIPBera
#PenggerakJakim
#PePIMABera