BERA. 08 Mac 2022 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Penggerak Jakim, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dan Guru Briged Dakwah MUIP mengadakan gotong royong membersih kawasan surau bersama penduduk.

Surau Koa Ibam dan Koa Durian Kuning baru sahaja selesai proses baikpulih termasuk pemasangan mozek, pagar, kaki lima, tingkap, penghawa dingin, alat siaraya dan pintu tandas. Semua kos ditanggung sepenuhnya oleh MUIP.

Semoga ianya dapat memberi keselesaan untuk aktiviti keagamaan dan kelas bagi penduduk orang asli disitu.

#MUIPBera
#PePIMA
#GuruBrigedDakwahMUIP
#PenggerakJAKIM