BERA. 24 Mac 2022 – Seorang anggota tentera berbangsa Murud, Johnstone Jomilus yang berasal dari negeri Sabah telah melafazkan syahadah yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Dakwah, Ustaz Haziq Syafiq Bin Jasmi di Pejabat MUIP Cawangan Bera. Turut mengiringi beliau, Pegawai KAGAT dari Kem Bera Bandar 34.

Beliau juga telah pun melengkapkan borang pengakuan dan Pendaftaran memeluk agama Islam serta diberikan penerangan berkaitan dengan suruhan dan larangan Allah SWT dan juga tanggungjawab sebagai seorang muslim. Beliau memilih nama baru iaitu Muhammad Atif Bin Jomilus. Kit Ibadah Saudara Baru juga turut diberikan.

Semoga beliau sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan hidayah dari ALLAH SWT dalam melayari kehidupan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

#MuipBera
#IslamItuIndah