MUADZAM SHAH. 27 Mac 2022 – MUADZAM SHAH, 27 MAC 2022 – Pagi ahad, Pembantu Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah, meninjau keadaan rumah mangsa bencana di Desa Perdana, Muadzam Shah.
Rumah Encik Abdul Hamid ditimpa pokok tumbang sekitar jam 6.00 petang pada hari semalam, 26 Mac 2022. Pihak MUIP hadir bagi menyampaikan agihan zakat berupa wang tunai dan set barangan keperluan memasak kepada beliau.
Sesungguhnya musibah yang melanda, tidak lain adalah untuk meningkatkan tahap keimanan seseorang dan menandakan bahawa Allah sangat menyayangi kita kerana tidak mahu kita leka dengan kesenangan dunia.