MUADZAM SHAH. 30 November 2021 – MUADZAM SHAH, 30 November 2021 – Selepas menyampaikan zakat kepada mangsa ribut di Kampung Rekoh Baharu, MUIP Cawangan Muadzam Shah meninjau melihat keadaan rumah penduduk di kawasan kampung tersebut. Dalam tinjauan ini, pihak MUIP singgah di sebuah rumah yang kelihatan sedikit uzur serta perlu dibaiki terutama bahagian atap rumah.

Rumah yang dimaksudkan itu adalah rumah Encik Basri yang tinggal bersama isteri serta dua orang anak mereka. Beliau memaklumkan bahawa tidak mampu bekerja kuat selepas pembedahan penyakit buasir. Pihak MUIP meminta kebenaran daripada tuan rumah untuk melihat keadaan rumahnya dan menyerahkan borang permohonan zakat untuk beliau lengkapkan bagi proses baik pulih rumahnya.

Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan wang zakat sebanyak RM200.00 untuk keperluan beliau membeli barang memasak. Semoga suatu hari nanti ada sinar buat mereka sekeluarga.