KUALA LIPIS. 29 November 2021 – Sepasang pasangan suami isteri telah melafazkan syahadah yang dipimpin oleh Pengurus MUIP daerah Lipis,saudara Aliuddin pagi semalam sambil disaksikan Pegawai Dakwah,Ustaz Luqman dan wakil Pejabat Agama Islam Lipis.
Pasangan ini berasal dari Melaka dan berhijrah ke Pahang bagi mencuba kehidupan baru dan dalam masa yang sama mencari hala tuju hidup mereka.
Kini mereka berdua menetap di Kampung Kuala Kenong dan untuk ke rumah mereka boleh menggunakan jalan darat atau sungai.
Mohd Syukur,33 dan Rozita,34 merupakan masyarakat orang asli dari etnik Temuan dan telah menetap di Pahang hampir 7 bulan dan tinggal bersama keluarga angkat mereka yang dari kalangan orang melayu.
Syukur berkata,sebelum ini beliau sudah mengenal islam perlahan-lahan,namun belum dapat menghayati dengan baik kerana tiada yang ingin membantu beliau mempelajari agama islam,tambahan pula keadaan orang islam sendiri yang tidak menunjukkan akhlak yang baik.
Beliau berharap,setelah beliau islam,ramailah di kalangan umat islam sendiri sudi membantu beliau dan isteri mengenali islam,dalam masa yang sama menunjukkan akhlak yang terpuji kepada masyarakat bukan islam khususnya.