TEMERLOH. 30 November 2021 – En Hairi bin Din dan Isteri, dari Felda Bukit Damar, Lanchang, Temerloh mengucapkan rasa syukur dan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang diatas Sumbangan bantuan Zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada pagi selasa di rumahnya.

Beliau tidak bekerja akibat sakit yang dihidapinya dan hanya isteri yang berniaga kecil kecilan bagi menampung sara hidup keluarga. Beliau mempunyai seramai 4 orang tanggungan yangmana semua anak anaknya masih bersekolah.

Permohonan beliau bagi memohon bantuan zakat peralatan telah diluluskan dan peralatan yang dimohon adalah berupa 1 unit Stall Burger yang bernilai RM 2400.00 . Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh.

Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau sekeluarga menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa.

#asnafzakat #caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang