MUADZAM SHAH. 30 November 2021 – Kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku pada 28 November 2021 sekitar jam 4 petang telah mengakibatkan atap bahagian hadapan dan bahagian bilik sebuah rumah penduduk di Kampung Rekoh Baru mengalami kerosakan.

Pengurus Cawangan Daerah bersama Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Muadzam Shah telah turun padang menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa iaitu Encik Muhammad Husain bin Iskandar. Bantuan yang disampaikan berbentuk wang tunai berjumlah RM300.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah berkongsi maklumat kejadian, terutamanya pihak Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK). Semoga sedikit sebanyak agihan zakat ini dapat membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa sekeluarga.