BERA. 29 November 2021 – BERA : 29 NOVEMBER 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada En Mohd Sukaimi Bin Abd Rashid berupa 1 unit mesin ABC smash ice device, 1 unit chiller 1 door serta 20 unit kerusi plastic dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM 3,000.00 sahaja. Beliau sekarang ini telah menjalankan perniagaan dengan membuka kedai makan yang terletak berhadapan dengan rumah beliau di sekitar Kg Bukit Serdang dan beroperasi pada waktu pagi hingga tengahari. Dengan adanya bantuan peralatan tersebut, dapatlah beliau menambahkan pendapatan isirumah serta menyara hidup sekeluarga.