BERA. 24 November 2021 – BERA : 24 NOVEMBER 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera dengan kerjasama Unit Teknikal Kuantan telah membuat pemantauan permohonan baik pulih rumah sebanyak 3 buah rumah disekitar PPRT Kampung Paya Serai.

Rumah pertama milik Pn Fatimah Binti Junoh. Beliau ingin memohon untuk menukar bumbung serta dinding yang rosak dan telah reput kerana terlalu lama. Beliau pula merupakan seorang warga emas dan tinggal bersama dengan seorang anak perempuan.

Rumah kedua, milik En Ahmad Radi Bin Ismail. Beliau ingin memohon untuk membuat bilik kerana rumah yang didiami sekarang ini tidak mempunyai bilik. Beliau mempunyai seorang anak perempuan serta seorang anak lelaki (oku).

Rumah ketiga pula, milik Pn Rahizan Binti Samah. Beliau ingin memohon untuk menukar bumbung yang rosak dan telah reput kerana terlalu uzur. Beliau pula merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak yang masih belajar.