BERA. 23 November 2021 – BERA : 23 NOVEMBER 2021 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera dengan kerjasama Unit Pembangunan Asnaf telah membuat pemantauan bantuan peralatan seramai 5 orang penerima disekitar Felda Sg Kemahal, Felda Bukit Mendi, Felda Mayam, Felda Sebertak dan Kg Sri Buntar.

Penerima pertama Pn Zuraida Binti Mehat. Beliau telah menerima peralatan seperti 1 unit tier mee stall, 1 unit burner stove serta 1 unit water boiler. Beliau sebelum ini menjalankan perniagaan dengan membuka kedai makan, akan tetapi kini telah beralih dengan menjual produk bawang goreng serta tepung goreng serbaguna dan menerima tempahan secara dalam talian disekitar Felda Sg Kemahal.

Penerima Kedua En Zilal Arbi Bin Abdul Rahman. Beliau telah menerima peralatan seperti 1 unit metal roofing long run g26 (0.47mm) aluzinc 25′ dan 1 unit c section 151 0.75 6m blue. Beliau kini menjalankan projek tanaman cendawan yang terletak bersebelahan dengan rumah beliau disekitar Felda Bukit Mendi.

Penerima ketiga En Yusri Bin Amat Isham. Beliau telah menerima peralatan seperti 1 unit mixer okazawa serta 1 unit freezer. Beliau kini menjalankan perniagaan hanya di rumah dengan mengambil tempahan membuat roti canai segera secara dalam talian disekitar Felda Mayam.

Penerima Keempat Pn Halimah Binti Bakar. Beliau telah menerima peralatan seperti 1 unit oven 2 tray serta 1 unit freezer. Beliau kini menjalankan perniagaan membuat roti serta kek dengan mengambil tempahan secara dalam talian disekitar Felda Sebertak.

Penerima kelima Pn Suria Binti Abdul Rahman. Beliau telah menerima peralatan seperti 1 unit freezer serta 1 unit blender. Beliau kini menjalankan perniagaan membuat kuih-muih dengan mengambil tempahan secara dalam talian disekitar Kg Sri Buntar.