MUADZAM SHAH. 29 November 2021 – Pihak MUIP Cawangan Muadzam Shah ke rumah asnaf bagi menziarahi anak kepada Encik Hasnan iaitu Muhammad Adam Fahmi yang berumur 6 tahun yang diberitakan menghidap penyakit kulit dan masalah pendengaran.
Beliau yang tinggal di Kampung Melati, Muadzam Shah, mendapatkan rawatan berkala di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Hospital Muadzam Shah.
Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan satu set barangan memasak kepada Puan Siti Kartini yang merupakan ibu kepada adik Adam Fahmi. Pihak MUIP juga telah meluluskan agihan zakat berjumlah RM1,000.00 kepada keluarga Encik Hasnan dalam usaha meringankan bebanan kos ulang-alik mendapatkan rawatan di hospital.