KUALA LIPIS. 28 November 2021 – Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Asmadi Abdul Rahman hadir ke Lipis bagi membincangkan bantuan yang akan diberikan kepada mualaf asli.
Perbincangan tersebut melibatkan MUIP cawangan Lipis, Briged Dakwah serta PEPIMA Lipis.
Bantuan yang akan disalurkan kepada mualaf asli adalah bantuan baucar bulanan dalam bentuk barangan keperluan.
Kelayakan untuk menerima bantuan tersebut perlulah memberi komitmen kepada MUIP seperti kelas fardhu ain, program dakwah dan sebagainya dan penerima bantuan baucar ini akan dipantau dari masa ke semasa.
Ini bertujuan adalah untuk menarik mualaf-mualaf asli ini dalam mendekatkan diri dengan ilmu islam juga menambah pengetahuan dalam amalan ibadat mereka.